Sejarah & Maklumat Am Pekan Langkap, Perak
Langkap merupakan sebuah pekan di negeri Perak yang berhampiran dengan beberapa buah pekan dan bandar besar sepeti Teluk Intan, Tapah, Bidor, Chikus, Chenderong Balai dan Kampar. Pekan Langkap merupakan sebuah pekan yang terletak antara sebelah menyebelah dengan jalan raya antaranya Tapah dan Teluk Intan.
Aktiviti ekonomi utama di sini ialah perniagaan dan sawah padi yang diusahakan pesawah dari kaum Melayu dan Cina. Hasil padi dari pekan Langkap ini amat bermutu tinggi sebagaimana di beberapa buah bandar atau pekan lain seperti pekan Sekincan, Selangor yang juga diusahakan oleh kaum Melayu dan Cina.
Pada zaman darurat, terjadi pertempuran antara pengganas komunis dengan penduduk Melayu di jambatan Sungai Tunku berhampiran denganSungai Manik. Pengganas komunis tersebut dikatakan datang dari kawasan Langkap. Pengganas komunis ini terdiri daripada kaum Cina yang menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) dan MPAJA. Selepas pertempuran dan didamaikan oleh pemimpin PKM seperti Abdullah CD, pengganas komunis ini kembali berundur ke kawasan Langkap, Chui Chak dan Teluk Intan. Pekan Langkap dan Chui Chak sinonim dengan penduduk kaum Cina dan komunis kepada penduduk tempatan.