Kemudahan awam yang terdapat di Pekan Langkap, Perak boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti balairaya, gelanggang sepak takraw, padang bola, jalanraya berturap, sekolah rendah dan menengah, pejabat pos, pejabat penghulu, pejabat khidmat ADUN, surau dan masjid turut terdapat di pekan yang sedang membangun ini.
Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perbankan, perkhidmatan pos, kesihatan dan keperluan harian di sekitar Pekan Langkap.
Masjid Jamek Al-Makmur Langkap

Surau An-Nur Kg Attaduri

SRAR Al-Islamiah Kg Attaduri

Dewan Haji Jarien Kg Attaduri

Arena Square Kg Attaduri

Padang Serbaguna Kg Attaduri
Klinik Kesihatan Langkap

SMK Dato Sagor Langkap

SK Seri Langkap

Pejabat POS Langkap

Pejabat Khidmat ADUN Sg Manik

Pejabat Penghulu Mukim Changkat Jong
