mcmc
PROGRAM SSO NADI TAMAN INTAN JAYA

PROGRAM PENGURUSAN BEART BADAN NADI WELLBEING

🏃‍♂️ Teruskan Momentum Sihat Selepas Ramadan!

Salam Sejahtera buat semua warga NADI,

Tahniah kepada semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan Cabaran Sihat Ramadan! Kami sangat bangga melihat semangat dan disiplin yang telah anda tunjukkan. Namun, perjalanan untuk mencapai berat badan ideal tidak berhenti di sini.

Untuk memastikan usaha anda berterusan, kami menjemput anda menyertai “Program Pengurusan Berat Badan” untuk bimbingan yang lebih mendalam dan profesional. Bagi yang tidak berkesempatan untuk menyertai program Cabaran Sihat Ramadan, anda juga amat dialu-alukan untuk menyertai program ini!

Kenapa Anda Perlu Sertai?
Bimbingan Profesional: Turun berat badan dengan selamat.
Pelan Peribadi: Strategi yang disesuaikan khusus untuk anda.
Akses Pakar: Konsultasi terus bersama pakar pemakanan.
Sokongan Komuniti: Motivasi berterusan daripada rakan seperjuangan.

Syarat & Cara Pendaftaran:
⚖️ Kriteria: Ahli NADI dengan BMI ≥27.5.
📅 Tarikh Mula: 18 Mei 2026.

📝 Langkah Mudah:

  1. Imbas kod QR pada poster untuk mengisi Google Form pendaftaran. Tempoh pendaftaran buka dari 8 May sehingga 15 May 2026.
  2. Urus setia akan menyemak kelayakan anda.
  3. Peserta yang memenuhi kriteria pemilihan akan dimasukkan terus ke dalam Kumpulan WhatsApp Komuniti eksklusif kami!

Peringatan: Tempat adalah TERHAD kepada 500 peserta pertama sahaja. Daftar segera untuk mengunci slot anda! Sekiranya pendaftaran melebihi had ini, anda akan diletakkan dalam senarai menunggu.

Kesihatan Anda, Keutamaan Kami.
Jom capai berat badan ideal bersama NADI!